Thursday, January 1, 2009

Seloka Hari Raya Bersama Nadia & NFC


























Foto2 sekitar Majlis Seloka Hari Raya Nadia & NFC


Seloka Hari Raya bersama Nadia & NadiaFC telah diadakan di Kelab Darul Ehsan Ampang pada 25 Oktober 2008 anjuran NadiaFC & Nadiacribs Entertainment. Majlis diacarakan oleh Tauke dan Mie (Raja Lawak Musim 1). Acara bermula lebih kurang jam 9 mlm dengan kemunculan Nadia dari pintu utama dan seterusnya memberikan ucapan alu-aluan. Selepas berucap, Nadia bersama mama dan papanya telah menyempurnakan sesi memotong kek Hari Raya yg disediakan oleh peminat. Disusuli kemudiannya jemputan dipersilakan menjamu selera. Banyak jugak sajian yg disediakan. Dalam pada itu, Nadia sempat beramah mesra dgn tetamu2 yg hadir. Selain Nadia, rakan2 artis yg turut hadir ialah Saida, Ika dan Yana.

Sementara menjamu selera, Nadia menghiburkan penonton dengan mendendangkan lagu Rindu. Selain itu, telah disediakan juga beberapa permainan dan cabutan bertuah utk tetamu yg hadir. Nadia menyusul semula dgn lagu Tiada Lagi. Memang terhibur melihat persembahan Nadia mlm itu. Peminat berpeluang bergambar dan mendapatkan autograf dari Nadia dan rakan2 artis yg lain.

Persembahan unplugged medley 3 lagu Nadia diiringi alunan gitar dari papanya menjadi penutup majlis pada malam itu. Sesi bergambar beramai2 juga tidak ketinggalan. Terima kasih diucapkan kepada Nadia, NFC, Nadiacribs Entertainment dan penaja2 spt McDonalds dan penaja2 perseorangan kerana sama2 menjayakan Seloka Raya Bersama Nadia & NFC. Moga2 akan ade lagi event seperti ini untuk mengeratkan hubungan ahli NFC.....InsyaAllah.




*Formal sket laporan kali ini...ehhehe...


Pic's credit to NadiaFC, Azlandaniel, Sweetmm, RazmanKL


0 comments: