Sunday, September 30, 2007

Thanx a lot Kebawals!!!!!!!!!!!!





P/S : story later k....xde idea nk coret2 skrg ni.........rogerrrrrrrr

Sunday, September 2, 2007

Hah!!!minggu paling teruk dalam hidup aku…tak tau la kenape harus terjadi lagi perkara macam ni…salah aku ke???mungkin juga…semuanye bermula dari perasaan aku sendiri…tapi kerana perasaan inilah membuatkan aku sentiasa menghargai orang2 yang ade disekeliling aku terutama sahabat yang terlalu aku sayangi dlm hidup aku…sebenarnya aku sendiri x tau nakluahkan pada siapa…sebabnya aku sentiasa ceria,sentiasa ketawa bila berdepan dgn orang…tapi hati ini cuma Tuhan yang tau…entahlahh aku cuma takut kehilangan “orang” yang aku sayangi…Mungkin kerana peristiwa itu pernah terjadi dalam hidup aku…

Maaf…..hanya itu yang mampu aku pinta…bukan niat untuk melukakan hati sesiapa…tapi aku belum mampu utk berdepan dgn insan2 yang pernah aku lukakan…hati ini sendiri sudah byk kali terluka,tapi tiada siapa yang tahu…aku pernah dituduh menjadi penyebab renggangnya suatu persahabatan…aku juga pernah ditinggalkan sahabat baikku hanya kerana dia sudah memiliki insan istimewa dlm hidupnya.. malangkann…apa dosa aku pd mereka yg sudah aku anggap istimewa di sudut hati aku???mungkin kerana itulah aku sendiri takut untuk menghadapinya lagi…takut untuk melukakan lagi hati insan2 ini…sedih,kecewa,takut..semuanya bermain dalam hati aku…kdg2 airmata aku tumpah jua walau aku cuba tahan ia dari mengalir…

Teman…maafkan aku..mungkin aku bukan sahabat yang baik untuk kalian..mungkin juga aku ditakdirkan untuk terus hidup tanpa ada seseorg yang akan menemani aku..aku tahu,ramai yang kecewa dgn sikap aku…tapi aku akan lebih kecewa kalau lebih byk lagi hati yg aku lukakan tanpa aku sedari…xpelahh..biarlah aku tanggung sendiri semua ni..sekurang2nya aku masih ade keluarga walaupun aku hidup jauh dari mereka…aku x berniat ape2..tapi aku mengharapkan pengertian…aku harap mereka x kan sedih lagi kerana aku…aku x kan susahkan sapa2 lagi..apa pun yg akan aku lalui selepas ni,biarlah aku sendiri hadapinya…susah,senang,sakit,menangis,kecewa akan aku lalui juga…Mungkin ini adalah dugaan Tuhan pada aku….

Cuma satu yang ingin aku sampaikan…..aku tetap menyayangi kalian sepertimana aku menyayangi nyawa aku sendiri…aku sayang sangat2 dgn persahabatan kita..tapi aku sedar aku telah menghancurkan sendiri ikatan itu tanpa aku sedari…maafkan aku…dari rasa takut ini terus membelenggu aku,ada baiknya aku undurkan diri buat seketika…biarlah…mungkin ini saja jalan terbaik buat aku…

Seri,Eyla,Atie,Zura…terima kasih kerana telah menjadi sahabat yang baik untuk Hanee…terima kasih kerana mencurahkan kasih sayang utk Hanee…terima kasih jugak kerana sentiasa berada disisi Hanee saat diperlukan…Hanee xkan lupakan segala kenangan suka duka kita bersama….Hanee minta maaf byk2 jika Hanee pernah lukakan hati korg…percayalah,Hanee sayang sangat2 dgn korg semua…korg x pernah hilang dari ingatan Hanee…

To Kebawal / Shawal FC…terima kasih kerana sudi menerima diri ini dlm hidup korg…terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup Hanee….Hanee sayang korg n sayangkan persahabatan kita…walau apapun yang terjadi,Hanee xkan lupakan korg tau…

Pada Shawal…terima kasih banyak2 Hanee ucapkan…Kerana Shawal, Hanee dipertemukan dgn insan2 ini…terlalu byk kenangan manis kita bersama2…apa yg Hanee harapkan Shawal akan berjaya mencapai impian Shawal…Hanee akan sentiasa mendoakan agar Tuhan memberi laluan yang mudah untuk Shawal mengharungi segala dugaan yg datang…Semoga Shawal Success Selalu…

Pada Pak Lan,Makcik Aisyah,Umi,Affi n Ayouk terima kasih byk2…terima kasih kerana menerima Hanee dan kengkawan yang lain dlm hidup kalian…terima kasih atas segala kasih sayang dan perhatian yang diberikan…sekurang2nya paklan n makcik telah menjadi ibu bapa kedua kami…

Rasanya cukuplah apa yang aku luahkan…aku harap xde org yg akan tersinggung dgn kata2 aku…ini saja yg mampu aku buat utk mengurangkan sedikit rasa kecewa aku…apa yg aku harapkan selepas ini,semua org akan paham dgn perasaan aku…itu saja…